ANALISA PENCAPAIAN PASUKAN FKE DALAM UTM STAFF GAMES DARI 2015 HINGGA 2017




Pencapaian pasukan FKE bagi kejohanan UTM Staff Games untuk 3 tahun bermula 2015 hingga 2017 adalah sangat konsisten dan boleh dibanggakan. Jika dilihat dari segi jumlah pungutan pingat, tiada perbezaan ketara bagi ketiga-tiga tahun tersebut, walaupun ada sedikit pengurangan 2 pingat pada tahun 2017. Pada tahun 2017, FKE telah meneruskan kesungguhan dan semangat juang yang sangat tinggi apabila berjaya menggondol 6 pingat EMAS sekaligus memperbaiki jumlah kutipan pingat EMAS bagi dua tahun sebelumnya iaitu 4 pingat EMAS pada tahun 2016 dan 5 pingat EMAS pada tahun 2015. Pasukan FKE diharap dapat mengekalkan momentum pingat EMAS bagi acara bola tampar wanita serta acara permainan dalaman Catur, Karom dan Dart untuk terus bersaing di masa akan datang. Melihat kepada prestasi semasa dan semangat yang ditunjukkan oleh para pemain pada tahun 2017, tidak mustahil pada masa akan datang lebih banyak kejayaan yang dapat dilakarkan oleh pasukan FKE sekiranya terus membuat latihan berterusan. Paling penting adalah jangan sesekali takut untuk turun bertarung kerana tanpa penyertaan, semestinya ia adalah satu kekalahan. Semoga lebih ramai atlet dari FKE yang akan turun menyertai acara-acara dalam UTM Staff Games seperti dalam acara Olahraga, Futsal dan Bolasepak yang semakin ketandusan pemain. Syabas diucapkan kepada semua pemenang edisi 2017, yang gagal, tetap diucapkan syabas atas semangat juang yang tinggi di tunjukkan. Semoga warga FKE terus bersatu dan membina ukhuwah yang kukuh dengan bersukan.