CATUR

Sabtu, 30 Julai 2016 - Misi pasukan Catur FKE kali ini adalah cuba mempertahankan 4 Emas yang telah dimenangi pada edisi 2015. Format pertandingan catur berbeza sikit dengan format acara lain kerana semua pemain layak memasuki peringkat akhir. Hanya jumlah kiraan mata yang menentukan. Takde aksi dramatik sebaliknya bilik seminar terdiam membisu sewaktu pertandingan dijalankan. Secara kesimpulannya, berikut adalah jumlah kutipan pingat bagi FKE :

2 Emas

2 Perak

2 Gangsa

Nampak gaya, tahun depan kena bekerja lebih keras untuk merampas kembali pingat Emas Individu dan berpasukan wanita yang gagal dipertahankan pada tahun ini. Syabas kepada semua pemain!