DART
Sabtu, 23 Julai 2016 - Pasukan Dart Lelaki kali ini seperti biasa turun dengan tiga beregu lengkap iaitu:
En Shafie/En Zamri- FKE A
En Aidil/En Azrul - FKE B
En Azri/En Halfizan - FKE C
Ketiga-tiga pasukan FKE telah mempamirkan aksi cemerlang di peringkat kumpulan untuk mara ke pusingan kedua. Walaubagaimanapun, pasukan FKE A terpaksa akur dengan kehebatan lawan mereka iaitu Bendahari, manakala FKE B dan FKE C terus mara ke peringkat suku akhir. Perjuangan mereka tidak terhenti di situ sahaja, berbekalkan semangat juang yang tinggi, Pasukan FKE B dan FKE C telah mara ke separuh akhir bertemu dengan lawan masing-masing iaitu PHB A dan HEMA A. Setelah aksi balingan tepat dan sedikit tersasar di pamerkan oleh kedua-dua pasukan FKE diperingkat separuh akhir, akhirnya mereka gagal mara ke peringkat akhir dan terpaksa berpuas hati dengan 2 pingat gangsa pada edisi kali ini. Syabas dan tahniah kerana mengharumkan FKE dalam acara Dart dengan membawa pulang 2 pingat menjadikan keseluruhan pingat yang dikutip oleh FKE sehingga hari ini adalah sebanyak 5 pingat. Atas permintaan pemain, untuk tahun hadapan, pihak fakulti boleh mempertimbangkan Red Bull menggantikan 100 Plus untuk menajamkan lagi balingan mereka seterusnya merampas kembali pingat emas yang dimenangi pada tahun sebelum ini.