BOLA TAMPAR

Sabtu, 30 Julai 2016 - Turun dengan misi untuk merampas kembali pingat Emas yang pernah mereka menangi, tetapi kurang bernasib baik pada edisi 2015, pasukan Bola Tampar Wanita sangat bersemangat dan wajah berseri-seri pada aksi kali ini. Di peringkat kumpulan, mereka telah menewaskan pasukan FKK/FKT (31-13) dan FK (31-14). Dengan kemenangan ini, laluan mereka lebih mudah kerana selaku Johan Kumpulan, mereka layak ke separuh akhir. Pada peringkat separuh akhir, mereka telah menewaskan pasukan Pendaftar dan seterusnya mara ke peringkat akhir untuk bertemu dengan UTM KL, pasukan juara bertahan yang memenangi edisi 2015. Namun, semangat kental pasukan FKE, dengan dibarisi penyokong2 setia, membawa makanan, kuih-muih, pisang, fresh oren serta anak-anak kecil yang menyokong ibu-ibu mereka tatkala si suami melayan kerenah anak-anak, mereka berjaya memenangi perlawanan akhir ini dengan bergaya. Syabas dan semoga mereka dapat mengekalkan momentum pada tahun hadapan.

Pasukan Bola Tampar lelaki kali ini ada sedikit kesukaran untuk mengekalkan prestasi seperti tahun 2015 apabila dua pemain utama tidak dapat bermain bersama atas sebab bertugas dan tidak dibenarkan "import" pemain. Walaubagaimanapun, tidak mematahkan semangat pasukan walaupun ada sedikit kecewa dengan beberapa pasukan yang 'import" pemain, sedangkan mereka tahu peraturan kali ini tiada pemain "import" dibenarkan. Atas semangat kesukanan yang tinggi, FKE turun dengan barisan yang tulen dan sejati sahaja dan berjaya menurunkan 7 pemain berbanding 12 yang sepatutnya dalam senarai. Diperingkat kumpulan, FKE telah menewaskan HEMA untuk layak ke suku akhir bertemu PHB. Tewas set pertama dengan PHB, FKE bangkit untuk memenangi dua perlawanan seterusnya dan layak ke peringkat separuh akhir. Walaupun telah memberi tentangan yang sengit kepada lawan, akhirnya FKE akur dengan kekalahan di peringkat separuh akhir untuk berpuas hati dengan pingat Gangsa. Nampak gaya selepas ini pasukan lelaki boleh membuat pertandingan persahabatan dengan pasukan wanita yang nampaknya lebih berbisa.