Ping pong

INDIVIDU

Jumaat, 22 Julai 2016 - Dr Zaharah menjadi penyumbang pertama pingat kepada kontingen FKE apabila berjaya merangkul pingat GANGSA dalam acara ping pong individu (wanita). Bermula dengan cemerlang pada pusingan pertama dan suku akhir, beliau mara ke separuh akhir bertemu dengan pasukan dari Fakulti Kejuruteraan Tenaga (FKK/FKT). Bermula dengan baik pada perlawanan pertama dan kedua, beliau terpaksa akur dengan kehebatan lawannya dengan kekalahan tipis (2-3) dalam pertembungan yang sangat mendebarkan. Syabas diucapkan kepada beliau. Sementara itu, dua lagi peserta individu wanita iaitu Dr Nurul Mua'zzah dan Pn Saodah, turut membanggakan FKE dengan mara ke peringkat suku akhir. Satu pencapaian terbaik acara ping pong wanita pada edisi USG-Bakes ini.

Bagi individu lelaki, Dr Yusof, Dr Shahdan dan PM Dr Azhar berhempas pulas dan memberi tentangan sengit di peringkat pusingan kedua apabila dengan mudah menewaskan lawan masing-masing pada pusingan pertama. Walau bagaimanapun, nasib tidak menyebelahi mereka apabila hanya mara ke pusingan kedua kerana pihak lawan mempunyai kemahiran kawalan bola yang lebih baik. Tahniah dan semoga tahun hadapan pemain dapat memperbaiki kedudukan masing-masing.

Beregu

Sabtu, 23Julai 2016 - Pasukan ping pong FKE meneruskan kecemerlangan apabila merangkul 1 pingat emas dan 1 pingat perak pada aksi yang sangat mendebarkan. Kedua-dua pingat tersebut telah disumbangkan oleh beregu Dr Nurul Mu'azzah/Dr Eileen dan Dr Zaharah/Pn Nor Aini. Setelah berhempas pulas untuk mara ke peringkat separuh akhir, kedua-dua pasangan beregu ini berjaya menewaskan lawan masing-masing. Beregu Dr Nurul Mu'azzah/Dr Eileen telah menewaskan pasukan FKK/FKT.

Sementara itu, dua beregu lelaki berjaya mara ke peringkat suku akhir iaitu pasangan beregu Dr Shahdan/Dr Azhar serta pasangan Dr Yusri/Dr Norhisham. Walaupun telah memberi tentangan sengit, mereka terpaksa akur dengan kehebatan lawan dari FKM dan Fakulti Sains. Satu lagi pasangan beregu FKE iaitu Dr Mohd Ridzuan/Dr Yusof sekadar berpuas hati mara ke pusingan kedua. Dengan berakhirnya acara pingpong pada hari ini, pasukan pingpong FKE boleh menarik nafas yang lega atas pencapaian membawa pulang 3 pingat berikut:

1 Emas - Dr Nurul Mu'azzah/Dr Eileen

1 Perak - Dr Zaharah/Pn Nor Aini

1 Gangsa - Dr Zaharah (Individu)

Dr Zaharah terlepas peluang untuk merakamkan detik manis menerima pingat semasa penyampaian hadiah (asyik salah "timing" semasa menunggu penyampaian hadiah). Tahun hadapan diharap beliau menunggu di dewan sehingga selesai semua perlawanan.